Monday, December 27, 2010

SELAMAT HARI KRISMAS

Salam 1 Malaysia,

Kepada semua pensyarah dan rakan-rakan  yang menyambut krismas,saya ucapkan selamat Hari Krismas.Moga gembira dan bahagia bersama keluarga anda.

Friday, December 10, 2010

SEJENAK MENGIMABAS UCAPAN TIMBALAN PENGARAH IPG KENT,ENCIK ROMLI DARUS

Salam 1 Malaysia :
Mari tinjau  / ulang tayang aktiviti pada 10 DISEMBER 2010  di Dewan Hone tadi (JUMAAT).

Menarik juga ucapan Timbalan Pengarah(TP) kita sempena Pameran PBK di dewan Hone tadi.Katanya zaman kita dulu lain.Sekarang zaman ICT.Zaman akan datang lebih kepada bio atau nano.Ucapan ilmiah yang bergantung pada data.Kita diajak meramal masa depan kita,murid kita atau negara kita masa depan.Kalau sekarang guru/ pelajar IPT/IPTA dah biasa kuliah guna / bawa laptop,akan datang pula entah bagaimanakah hebatnya kemajuan negara 100 atau 200 tahun akan datang.

"Kita mendidik pelajar hari ini untuk menyediakan pelajar kita kehidupan akan datang.Bukan menyediakan untuk kerja kerajaan semata-mata"

Ucapan TP kita di atas itu cukup bermakna buat kita hayati sebagai guru.Maknanya pelajar belajar bukan setakat nak lulus cemerlang sahaja.Tetapi kecemerlangan mereka sebenarnya ialah apabila mereka berada di alam perkerjaan mereka sama ada kerja kerajaan atau swasta atau pun kerja sendiri/ usahawan dan sebagainya.Ilmu yang mereka perolehi dari guru,pensyarah atau dari universiti/IPT/IPTA akan dipraktikalkan dalam amalan kerja harian mereka.Di sinilah kecemerlangan yang hakiki.Kerajaan atau syarikat rasa bertuah mendapat seorang pekerja yuang rasional,seimbang,harmoni,bertolakansur dan tahu menghormati orang lain tanpa prasangka kaum atau agama.

Keberadaan di maktab/universiti/IPT/IPTA  hanya sekadar berguru,berlatih,mencedok pelbagai ilmu persediaan untuk masa depan.Soalnya,adakah kita sedia mempraktikkan segala teori dan ilmu pengetahuan yang diperolehi itu di alam pekerjaan kita masing-masing.Untuk itu,terserah kepada kita masing-masing untuk menanyakan hati nurani kita sendiri.Kunci ada di tangan kita.Kemahuan ada pada kita.Hati milik kita sendiri.Kuasa milik mutlak kita sendiri untuk memulakan 1 langkah ke depan.Walau arahan ada dari majikan/ketua,namun kuasa dalaman lebih ikhlas,mulia,harmoni ibarat lukisan cantik lahir dari coretan jejari seorang  pelukis yang dicoret ,diconteng dengan warna  pilihan sendiri.Sesuatu yang ikhlas itu jelas terpamir tanpa batas tanpa tabir.Semantara yang tak ikhlas itu pun boleh dilihat tanpa bersuluh.

Untuk semua kaum keguruan saya, marilah kita berkongsi minda,teori,pengetahuan, untuk merubah masa depan generasi kita.Kalau bukan kita siapa lagi.Liza kata  hari tu dalam kelas "berbantu-bantulah kita berbuat kebaikan....", ah.......jangan lupa kata Ustazah Liza Awang tu.....Mumin,Hassnal ,Wahid jangan lupa kata Liza tu..


Selamat malam.


.

Tuesday, December 7, 2010

cuba

SEMBANG LAGI!

Yang Kurik itu kendi,
Yang merah itu saga,
Yang tegak itu berani
Yang kalah itu putus asa 


Jalan-jalan ke Pekan Dali,
Singgah sekejap ke rumah kawan,
Walau  insan hidup dihormati,
Jangan hendaknya suka melawan.